Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

14 Jam Menahan Sakit, Kemaluan Lelaki Sangkut Dalam Botol Air Mineral


TAIPING 23 Okt. - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) menghela nafas lega setelah hampir 14 jam menahan kesakitan selepas kemaluannya membengkak akibat tersangkut pada botol air mineral 1.5 liter sejak malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 10 malam itu, isteri mangsa telah memasukkan kemaluan suaminya ke botol air mineral untuk memudahkannya membuang air kecil. Malangnya, kemaluan suaminya tersangkut di dalam botol air mineral tersebut dan gagal dikeluarkan walaupun telah beberapa kali mencuba.

Menurut Izuan Che Ibrahim, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, akibat tidak mampu menahan sakit, lelaki itu pergi ke Hospital Taiping pada kira-kira pukul 10.30 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Tambah beliau, lapan anggota ke hospital untuk membantu selepas menerima panggilan daripada pihak hospital pada kira-kira pukul 11.27 pagi. Ketika mereka tiba disana, mangsa berada dalam keadaan berbaring menahan kesakitan dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk memotong botol air mineral tersebut dengan menggunakan peralatan khas tanpa mencederakan kemaluan mangsa..

Mangsa diserahkan kembali kepada pihak hospital dan operasi tamat sepenuhnya pada kira-kira pukul 12 tengah hari. - 

Sumber : UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.