Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

276 Terbunuh Dalam Serangan Pengganas di Somalia


276 nyawa telah terkorban akibat letupan bom besar yang menghentam ibu kota Somalia, Mogadishi, Sabtu (14/10).

Ratusan yang lainnya pula mengalami kecederaan setelah sebuah trak yang dipenuhi dengan bahan letupan diledakkan berdekatan pintu masuk Safari Hotel, yang musnah teruk sementara beberapa buah kedai di sekitarnya turuk mengalami kerosakkan.



Serangan ini merupakan serangan yang paling besar di Somalia sejak kelompok militan Islam, al-Shabab, melancarkan peperangan atas pemerintah sejak tahun 2007.

Seorang jurucakap polis, Ibrahim Mohamed, berkata jumlah nyawa yang terkorban kemungkinan bertambah. "Lebih dari 300 orang cedera dan sejumlah di antaranya cedera parah."

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab dalam serangan bom terbaru ini. Namun, ibu kota Mogaduishu terus menjadi sasaran para militan al-Shabab.

Presiden Mohamed Abdullahi 'Farmajo' Mohamed berkata, mereka akan berkabung selama tiga hari untuk menghormati mereka yang terkorban dalam serangan itu.

Pencarian mangsa yang tertimbus masih diteruskan di tempat kejadian.

Sumber : BBC

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.