Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

8 Maut Kemalangan Bas Perkerja Kilang (VIDEO)


JURU – Seramai 35 mangsa yang cedera selepas dua bas kilang bertembung berhampiran Tol Juru telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan lanjut.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, mereka terdiri daripada 35 wanita dan tiga lelaki.
Katanya, ketika kejadian terdapat 43 mangsa, yang mana lapan lagi disahkan meninggal dunia.

Kemalangan itu berlaku apabila dua bas kilang bertembung di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Tol Juru di sini, 6 pagi tadi.
Kemalangan di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dipercayai berlaku selepas satu daripada kenderaan tersebut gagal dikawal.
“Enam mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala dua mangsa lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Seramai 32 orang anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat itu dan kes itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.









Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.