Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Amaran Buat Apple, Aplikasi Rakam Foto Dan Video Pemilik Secara Senyap Boleh Undang Padah



Syarikat gergasi teknologi Apple diberi amaran mengenai beberapa aplikasi berasaskan iOS yang mampu merakam foto dan video tanpa pengetahuan pemiliknya.

Menurut Felix Krause, salah seorang pemaju aplikasi yang bekerja  dengan Syarikat Google mengakui kelemahan sekuriti aplikasi tersebut di mana aplikasi berkenaan boleh mengambil foto pengguna telefon pintar terbabit setiap saat dan memuat naik hasilnya ke internet tanpa kebenaran pemilik.

Walaupun Apple menganggap aplikasi ini memberi kelebihan kepada mereka, namun, aplikasi bijak ini mungkin akan disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Ia bukan sahaja mampu merakam foto dan video malahan ia turut merakam emosi pengguna, percakapan serta boleh disiarkan secara langsung. 

Setakat ini Apple masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai isu tersebut.


Baru-baru ini tular apabila pengguna Facebook menuduh laman sosial itu membaca setiap perbuatan pengguna dengan tujuan kempen pemasaran yang lebih efektif. Walau bagaimanapun, Facebook menafikan dakwaan tersebut.

Sesetengah pengguna yang menggunakan peranti berkamera bertindak menutup lubang kamera mereka kerana bimbangkan privasi mereka diganggu.



Tabiat tersebut turut diamalkan oleh pengasas Facebook sendiri iaitu Mark Zuckerberg.


Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.