Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Ayah Seorang Ulama' Yang Dihormati, Kami Sanggup Tuduh Mak Gila Kerana Cederakan Ayah, Akhirnya Baru Kami Tahu Rupanya...


Gangguan mental atau biasa disebut sebagai mental disorder, merupakan sejenis penyakit yang boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Jika dilihat pada situasi masa kini, dari aspek sosial, kemiskinan, rumahtangga dan pelbagai penyebab lain boleh menjadi punca seseorang itu mengalami gangguan mental.

Salah satu gangguan mental adalah berpunca daripada tekanan(depresi). Seseorang yang mengalami tekanan perasaan yang tinggi sering merasa sedih, berputus asa dan tidak bermotivasi untuk meneruskan kehidupannya. Akibat tekanan yang melampau mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Baru-baru ini, kisah mengenai seorang wanita dan juga seorang ibu yang mengalami tekanan mental bertindak melukakan suaminya selepas disiksa secara seksual menjadi tular di media sosial. Artikel ini dikongsikan oleh Ummi HaniAqil di Facebook miliknya.


Kisah ni saya copy paste dengan kebenaran tuan punya badan. Tanpa sebarang editing kecuali maklumat berkenaan negeri, tempat, nama, dan beberapa fakta yang tuan punya badan minta saya sorokkan. Dan saya jadikan perenggan sebab karangan dia panjang, susah nak baca.
____________________________________________
Salam. Saya baru follow puan lepas ada kawan share status puan. Tertarik dengan status-status puan. Rasa nak kongsi pengalaman saya. Apa yang puan cakap betul sangat.

Benda ni jadi dalam keluarga saya sendiri. Kami ni ramai ada 13 adik beradik. Ada 3 pasangan kembar. Saya anak nombor enam. Abah saya Ustaz Y****. Semua orang kenal kat kampung kami ni. Saya dulu duduk kat kampung P********. Abah tu imam kt masjid kampung.

Abah mengajar orang mengaji quran. Tiap malam bagi ceramah. Selalu la kami kena tinggal sebab abah orang agama. Mak la yang duduk rumah jaga semua anak-anak.


Kalau akak nak tahu, mak ni pun anak guru agama. Tok kami tu garang sangat. Memang bab agama ni takde kompromi. Mak kawin abah sebab pilihan tok. Tok ni memang ajar anak cucu kena taat mak ayah taat suami. Jadi mak patuh je.

Ms tu saya kecil lagi. Umur baru 10 tahun. Tapi seingat saya abah ni baik orangnya. Jenis lembut. Tak pernah kami kena marah. Mak je yang selalu marah-marah. Kadang tu pukul kami. Jadi kami memang manja dengan abah la. Abah tu jarang ada kat rumah. Sebab sibuk mengajar orang. Ceramah agama sana sini. Kadang dah tengah malam baru balik. Subuh dah keluar pergi masjid. Sebab tu susah nak jumpa abah.

Kitaorang ni abah takla tekankan sangat bab-bab agama ni. Tak tegas macam tok. Tok tu kitaorang takut. Dengan abah ni kitaorang sayang. Mak pulak sibuk dengan adik-adik. Ye la beranak tiap tahun. Tapi mak tu cuma garang je bukan jahat. Biasala penat anak ramai. Abah jarang ada.

Kisah ni jadi masa saya umur 10 tahun tu la. Ingat masa tu tengah-tengah malam tiba-tiba mak mengamuk kat abah. Tau-tau dalam bilik dah dengar mak jerit-jerit. Abang-abang la yang bangun ketuk pintu bilik mak abah. Adik-adik menangis takut. Saya pun nangis. Bila mak bukak pintu bilik tgk mak berdarah. Saya ingat lagi masa tu muka mak macam kosong. Tapi saya tak tau apa jadi sebab abang je yang masuk bilik.

Kecoh puan sekampung kecoh. Mak tikam kaki abah dengan gunting jahit dia. Mak kata abah jahat. Mak kena bawak ke balai. Tok sendiri yang panggil polis. Tok marah mak, malu mak buat perangai mcm tu. Tok ni sayangkan abah tu. Menantu idaman. Sebab tok kan orang kuat agama. Abah pulak ustaz dia pilih pulak tu. Depan kami tok tampar mak sampai mak terjatuh. Tapi mak tak nangis. Tok kata mak gile.

Kami sampai malu nak keluar rumah. Mak lepas polis ambik bawak ke balai, kena hantar ke hospital. Polis pun kata mak gile. Meroyan. Adik saya paling kecik baru umur 4 bulan.


Saya tak tau nak cerita pada puan. Tapi memang kami semua percaya pada abah. Kami percaya mak meroyan. Kami kesian kat abah sebab abah tu baik. Lepas mak kena masuk kat hospital ******* abah la yang jaga kami. Adik beradik mak tolong la jaga jugak.

Abah tak cakap pape. Abah tak pernah cerita pape. Tapi abah ada bawak Abang dengan kakak lawat mak. Tok langsung taknak mengaku mak tu anak dah. Tok kata mak tak syukur dapat suami baik. Suami yang nak pimpin dia masuk syurga.

Sedih puan, mak langsung taknak tengok muka anak-anak dia dah. Benci sangat tengok kami. Abang-abang saya memang ada yang benci mak jugak. Sebab abah tu tak tahu dalam keluarga kami. Lama-lama doktor hantar mak kat hospital sakit jiwa. Kat ******. Mak duk situ dan tak pernah bercakap dengan kami anak-anak dia.

Abah tak ceraikan mak sebab abah sayang mak. Abah selalu lawat mak walaupun mak dah macam tu. Tapi abah kata mak benci abah.

Puan tau, sampai umur saya 15 tahun kami hidup takde mak. Semue percaya mak gila. Orang-orang kampung la paling banyak mengata mak. Isteri seorang alim pun boleh gila. Tu semua sebab tak reti syukur. Tapi lepas 5 tahun baru keluar cerita baru. Cerita ni la yang musnahkan semua keluarga sy.


Kat hospital ******* doktor psikiatri yang rawat mak buat laporan polis untuk kes mak. Tak sanggup saya nak cakap. Tapi ni la kebenarannya puan. Mak sy didera secara seksual dan mental. Dalam laporan tu ada sekali laporan perubatan tentang bukti-bukti deraan pada mak. Abah ni seks luar tabii. Abah paksa mak ikut jalan belakang. Abah paksa mak layan dia waktu tengah datang kotor. Abah ikat mulut mak bila nak bersama. Abah paksa mak layan dia masa dalam pantang.

Kakak cerita, memang mak pernah tumpah darah masa dalam pantang. Sebab kakak yang tolong mak. Abah kata tak payah pergi hospital. Biasa tumpah darah tu orang baru beranak. Mak ni sebenarnya taat sangat kat abah. Apa abah cakap dia ikut je . Tok dah ajar syurga isteri tu pada suami sebab tu mak taat.

Abah kena bawak ke balai. Sekali lagi kecoh pasal keluarga kami. Semua orang tak percaya cakap mak saja reka cerita. Ye la abah tu orang kuat agama takkan dia buat macam tu. Kami anak-anak lagi tak percaya. Kami kenal abah kami.

Tok pergi cari mak kat hospital. Tok nak serang mak. Tapi pihak hospital halang semua orang dari jumpa mak. Mak dilindungi la.

Kes ni puan, tak la kecoh mana sebab kami duk ceruk kampung. Ni kisah 23 tahun lepas. Takde media sosial macam sekarang. Jadi yang tau dan kecoh kat kampung la.

Naik mahkamah. Masa ni susah sangat kami adik beradik. Malu lagi lepas tu tak percaya abah macam tu lagi satu hal. Kami memang percaya abah tak percaya mak.

Gambar sekadar hiasan

Nak ringkaskan cerita, bila kes selesai bicara abah terlepas. Sebab abah ada pengaruh kuat. Kami semua pecaya pada mak hanya lepas jumpa doktor psikatri yang rawat mak dan tengok laporan perubatan. Doktor psikiatri yang rawat mak bagi kami jumpa mak. Tu la petama kali kami nampak mak senyum. Ya Allah menitik airmata saya puan.
Mak sujud depan anak-anak dia mintak keampunan. Dia sumpah atas nama Allah semua yang jadi tu betul. Dia tau semua orang tak percaya dia. Tapi dia takkan menipu anak-anak yang dah besar.

Bayangkan puan, mak sujud depan anak-anak. Sedih sangat masa tu. Start dari tu la kami selalu lawat mak. Tapi nampak dah perubahan pada abah. Abah mula larang kami jumpa mak. Tak bagi anak-anak lawat mak. Macam-macam alasan dia cakap.

Tapi abang kakak semua dah besar-besar. Jadi dah pandai buat keputusan sendiri. Bila selalu jumpa mak baru la kami mula percaya cerita mak. Mak tunjuk kesan-kesan parut yang abah pernah buat kat badan dia. Mak kata dia nak anak-anak semua jaga diri. Dia kenal abah lebih dari semua orang lain.

Sebelum ni dia terlalu tertekan sampai tak boleh nak luahkan. Dia pernah cerita pada kakak dia iaitu mak saudara kami. Tapi mak ngah kami cakap pada tok dan mak kena pukul dengan tok sebab tak taat suami.

Kami jugak banyak cakap dengan doktor mak. Doktor kata mak memang taknak sembuh sebab mak taknak keluar dari hospital ****** tu. Takde sapa percaye mak sampaikan abah boleh terlepas macam tu je. Jadi mak nak tinggal kat situ. Dia rasa selamat kat situ.

Pernahla abang sulung berhadapan dengan abah tanya tapi abah nafikan sekeras-kerasnya. Abah kata mak gila. Jangan percaya cakap dia. Tapi laporan doktor tu takkan tipu.

Sekarang abah masih teruskan keje dia mcm dulu. Tapi abah dah ceraikan mak. Mak duduk dengan kakak saya di ******. Kami tekad nak bela mak. Sampai sekarang cuma mak dan abah je yang tau cerita sebenar. Apa yang jadi tu betul ke tak kami semua tak tau. Tapi kami pilih percaya pada mak. Pasal abah, kami masih hormat dia sebagai ank. Kalau abah salah, biarla Allah tunjukkan nanti.
Saya minta maaf puan. Panjang cerita saya ni. Tapi betul-betul rasa nak kongsi. Saya harap puan jangan bagitau sesiapa. Sebab kalau sebut nama ustaz ******* mesti ada orang kenal. Cerita ni dah lama puan. Kalau saya nak cerita satu persatu tak tersanggup nak taip.
____________________________________________
Disclaimer : Cerita ni diceritakan kepada saya. Dan dipublishkan di sini atas kebenaran tuan punya badan. Tidak dibenarkan copy paste dalam apapun medium. Sekiranya nak kongsi di FB, sila tekan butang share sahaja. Sekiranya nak kongsi di Whatsapp dan Telegram, dibenarkan Screenshoot sepenuhnya artikel ni. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas posting ni. Dan saya diamanahkan untuk menjaga rahsia identiti pemilik cerita. Harap maklum.
Saya,
Mental Disorder Survivor
#LawanUntukHidup


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.