Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Bahana Perancang Implant, Doktor Terpaksa Mengorek Lengan Wanita Ini Hampir Dua Jam Untuk Mengeluarkannya


Kisah yang bakal kami kongsikan ini antara sebab mengapa anda perlu memikir tentangnya masak-masak sebelum mencuba alat perancang keluarga jenis implan atau implanon.

Apakah alat perancang keluarga jenis implan?



Implan atau implanon merupakan sejenis rod plastik berbentuk batang mancis yang terdiri dari hormon progestin sintetik. Alat ini akan dimasukkan di bawah kulit pada bahagian lengan. 

Kandungan hormon progestin yang terdapat dalam rod implan bergantung kepada jenis implan yang digunakan. 

Setiap hari hormon progestin (hormon yang sama seperti hormon semulajadi progestogen) akan dihasilkan pada kadar yang sama untuk mencegah kehamilan. 

Pamasangan dan pembuangan implan dan implanon boleh dilakukan di klinik dengan menggunakan ubat bius setempat.



Cara pemasangan adalah senang dan dimasukkan melalui suntikan.

Manakala untuk mengeluarkannya pula, doktor akan menyuntikkan ubat bius dan melakukan pembedahan (torehan) kecil pada lengan anda.

Wanita yang menggunakan kaedah ini akan kembali subur dengan serta merta selepas implan itu dikeluarkan.

Kisah ibu ini dikongsi kepada masyarakat supaya mereka dapat berfikir semula kesan baik dan buruk sekiranya pernah terfikir untuk menggunakan perancang jenis implan.




Kelly King telah berkongsi pengalamannya apabila 3 orang doktor dan jururawat gagal untuk mencari implan yang telah dimasukkan ke dalam lengannya.

Selepas melakukan X-ray untuk mencari rod yang telah hilang, mereka masih tidak dapat mengesannya.

Foto : Kelly King

Hingga satu ketika doktor itu mula mengorek bahagian tendon tangan Kelly kerana menyangka dia telah menjumpai rod tersebut!

Tapi selepas hampir 2 jam dan 2 lubang di lengan Kelly, 3 doktor berdaftar itu masih tidak dapat menemuinya.

Kelly terpaksa dibius beberapa kali kerana dalam keadaan berjaga sepanjang prosedur yang menyakitkan itu.

“Akhirnya mereka memutus untuk mengeluarkan rod tersebut melalui pembedahan kerana tidak mahu menambahkan kesakitan saya.” jelas Kelly akhirnya.

Selepas tangan Kelly pulih dari luka jahitan dan tidak lagi rasa sengal atau sakit, beliau diminta untuk balik ke klinik tersebut bagi menjalani pembedahan yang dijadualkan. 

Semasa pembedahan tersebut, mereka telah menggunakan imbasan ultrasound untuk mencari rod itu dan akhirnya mereka berjaya mengeluarkannya.

Implan yang ditanam boleh berubah posisi

Dalam pos Facebooknya, Kelly menjelaskan yang dia bukan hanya ingin memberi amaran tentang implan yang dimasukkan itu boleh berubah posisi.

Tapi, dia juga berkongsi tentang kesan sampingan yang dialaminya iaitu termasuklah kemurungan dan mood swing yang teruk.

Selepas Kelly berkongsi tentang kisahnya, ramai wanita tampil ke depan dan berkongsi tentang pengalaman yang sama di mana rod mereka yang hilang dan terpaksa dikelurkan melalui pembedahan juga. 

Seorang lagi mangsa berkata dia terpaksa menjalankan kaunseling akibat kemurungan teruk dan tidak dapat mengawal emosinya.

Kelly bukan ingin mengatakan kaedah implan tidak baik untuk semua wanita.

Ramai juga yang menggunakan kaedah ini dan tidak mengalamai sebarang masalah.

Dia cuma ingin berkongsi pengalamannya sebagai amaran kepada wanita-wanita lain yang ingin mencuba kaedah ini.

Kesan sampingan untuk setiap kaedah perancang adalah berbeza untuk setiap wanita, jadi fikirlah baik-baik sebelum membuat keputusan anda.

Sumber: The Asean Parent

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.