Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Bapa Tiri Cabul Anak Direman, Sentuh Dada dan Kemaluan Mangsa


KAJANG – Tergamaknya seorang lelaki yang dianggap seperti bapa kandung sanggup mencabul anak tirinya dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Seri Pulai, Balakong, dekat sini, kelmarin.

Menurut Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Ketua Polis Daerah Kajang, kejadian itu dimaklumkan mangsa berusia 14 tahun kepada ibunya kira-kira jam 1 pagi.

Tambahnya lagi, mangsa mendakwa semasa berada di rumah bersama bapa tirinya, dia telah diganggu secara seksual.

“Mangsa mengadu telah dicium leher, dipegang buah dada selain disentuh kemaluannya ketika ibunya tiada di rumah.

“Kemudian, pada keesokannya kira-kira jam 10 pagi, bapa tiri mangsa telah memukul mangsa dengan menendangnya di dada kerana menceritakan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap telah ditahan polis kira-kira jam 1.54 petang, semalam.

Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun itu kini telah direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.