Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Baru Sekejap Ditinggalkan, Bayi Berusia 39 Hari Ditemui Kebiruan Dipercayai Tersedak Susu


BATU PAHAT - Adrie Fayyadh Mohd Zulkifli, seorang bayi yang baru berusia 39 hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu. Menurut ibunya, Rosma Endah Mohamed, 38, selesai menyusukan bayinya itu, dia pergi melakukan kerja-kerja rumah dan sediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Menurutnya, anak bongsu daripada lima beradik itu biasanya akan tidur selepas menyusu antara jam 6.30 hingga 7 pagi. Namun, pagi itu, selepas menghantar suami sehingga depan pintu untuk pergi kerja, dia melihat anaknya itu sudah bertukar kebiruan, dan tidak bergerak walaupun dikejutkan beberapa kali.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Bistari Tongkang Pechah, Rosma masih tidak percaya bahawa dia sudah kehilangan anaknya kerana sebelum itu dia berada dalam keadaan yang sihat. Rosma berkata, dia segera membawa anaknya ke klinik berhampiran, namun doktor bertugas memberitahu yang dia sudah tiada.

Katanya, dia terus menghubungi suaminya yang bekerja di kilang berhampiran.

“Walaupun pedih, saya dan suami terima kenyataan ini dengan hati terbuka. Kami percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan anggap anak ini ALLAH pinjamkan seketika untuk kami.Kami semua tahu yang Tuhan lebih menyayanginya, sebab itulah dia pergi dahulu berjumpa penciptanya  berbanding kami semua,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.