Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Batu Pengasah Ragut Nyawa Kanak-Kanak Perempuan


Seorang kanak-kanak perempuan maut terkena serpihan batu pengasah mesin rumput bapanya di rumahnya di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan di sini, hari ini.

Nur Aliya Syifa Murad, 5, mengalami kecederaan di bahagian dada kanan selepas terkena serpihan batu pengasah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 5.30 petang itu.

Menurut bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 40-an, semasa kejadian berlaku, dia sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya di luar rumah, manakala anak perempuannya masih berada di dalam rumah.

"Bagaimanapun, batu pengasah mesin rumput yang sedang diasah pecah secara tiba-tiba dan serpihannya terpelanting terkena pada kereta sebelum ia tertusuk ke dada kanan anak.


"Sebaik melihat keadaan anak berlumuran darah dan lemah, saya kemudiannya mengangkat dan membawa Aliya ke Klinik 1Malaysia. Selepas itu, dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya.


Ujar Murad, Aliya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sentiasa periang dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

Arwah anak perempuannya yang belajar di Tadika Kampung Batin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar 11 pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian itu dan  mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kematian mengejut (SDR).Berdasarkan siasatan mendapati, jarak antara mangsa dengan bapanya kira-kira lima meter (m) semasa kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSB akibat parah di bahagian dada kanan selepas terkena serpihan batu pengasah itu.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.