Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Boleh Guna Wang Simpanan KWSP Untuk Daftar Haji


Berita baik kepada mereka yang mempunyai simpanan KWSP, anda kini boleh melakukan pendaftaran Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1300.00 dalam akaun tabung haji. Walau bagaimanapun, kemudahan ini TIDAK melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP. Jadi, anda tidak perlu tunggu sampai 10 ke 20 tahun lagi baru hendak mendaftar haji. 

Semak syarat-syarat dibawah untuk pastikan anda layak untuk memohon.

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

Kaedah Pelaksanaan

Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.
Tarikh Kuatkuasa 

Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.


Sumber : KWSP

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.