Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Dendamkan Ayah, Remaja Maut Ditetak, Adik Perempuan Parah


Akibat tidak berpuas hati dengan ayah, seorang remaja lelaki maut manakala adik perempuannya yang berusia tiga tahun parah selepas ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapa mereka di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran , semalam.

Remaja yang berusia 15 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan adiknya dirawat di Hospital Tuaran untuk dirawat berikutan insiden yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu.

Suspek yang berusia 66 tahun itu turut dirawat di hospital yang sama kerana parah  dibelasah oleh pekerja pembuat jalan yang menjadi saksi kejadian.



Menurut sumber, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku di tempat kerja antara bapa dua beradik itu dengan suspek sebelum suspek bertindak menyerang mangsa di rumah mereka.

"Lelaki itu yang melihat suspek datang ke rumahnya segera melarikan diri.

"Bagaimanapun, suspek menyerang dua anak lelaki itu dengan parang," katanya.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sumber : Siakap Keli News

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.