Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Dirempuh Lori Ketika Berkonvoi, Dua Anggota Polis Maut

polis dirempuh lori hingga maut
Mangsa yang maut dirempuh lori dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu bersama tujuh pegawai dan 18 anggota dalam konvoi latihan dalam perkhidmatan menunggang motosikal berat jarak jauh.

Dua anggota trafik maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, Kemaman, Terengganu.

Pada Khamis,12 Oktober, kira-kira pukul 2.55 petang itu, nahas yang berlaku telah menyebabkan Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh A/L Itchang, 36, maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, dua anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu bersama tujuh pegawai dan 18 anggota dalam konvoi latihan dalam perkhidmatan menunggang motosikal berat jarak jauh.

Mohd Said berkata, sebuah lori jenis Kia dipercayai telah memasuki laluan konvoi lalu merempuh dua motosikal  jenis CBX 750 yang ditunggang mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Berita Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.