Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Dua Beranak Maut Tersepit Dalam Kemalangan


Dua beranak yang terlibat dalam kemalangan semalam maut, manakala seorang lagi cedera apabila kereta dinaiki, bertembung dengan kereta dari laluan bertentangan di Jalan Felda Belara, Tepoh.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) itu dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Che Hassan, 20, dan bapanya, Che Hassan Mahmood, 48.

Selain itu, seorang lagi penumpang, Muhammad Hariff Muhammad Nasir, 17, yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Difahamkan ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, sebuah kereta Perodua Alza dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun dari arah Setiu ke Kuala Terengganu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Wira dipandu Mohammad Hafizuddin.

Disebabkan pertembungan itu, kereta yang dipandu Mohammad Hafizuddin yang beralamat di Kampung Sungai Lerek, Chalok, Setiu remuk teruk.

Pemandu dan penumpang hadapan cedera parah akibat tersepit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu dikeluarkan dengan bantuan bomba dan dikejarkan ke HSNZ untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia ketika menerima rawatan. Pemandu Perodua Alza hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi portal berita Sinar Harian hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.