Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Dua Remaja Rogol Adik Tiri Hingga Melahirkan Anak

“Kejadian itu terbongkar apabila mangsa yang berusia 13 tahun itu mengadu sakit perut kepada ibu tirinya pada kira-kira pukul 3.30 pagi semalam sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan."

Dua remaja lelaki berusia 15 dan 13 tahun ditahan kerana disyaki merogol adik tiri mereka sehingga melahirkan anak, di rumah mereka di Kuala Ketil, Sungai Petani, awal pagi semalam.

Menurut Superintenden Shariffuddin Yusof, Ketua Polis Daerah Baling,  adik-beradik itu ditahan pada tengah hari semalam dan direman selama tujuh hari hingga 2 November untuk membantu siasatan.

“Kejadian itu terbongkar apabila mangsa yang berusia 13 tahun itu mengadu sakit perut kepada ibu tirinya pada kira-kira pukul 3.30 pagi semalam sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor yang merawat remaja perempuan tersebut kemudian mengesahkan mangsa mengandung sebelum dia melahirkan seorang bayi lelaki,” katanya ketika dihubungi portal berita Utusan Online di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis mendapati ibu tiri remaja yang berusia 45 tahun itu tidak mengetahui mangsa mengandung kerana tidak melihat perubahan fizikal.

Mangsa dipercayai telah dirogol kedua-dua abang tirinya ketika ketiadaan ibu bapa mereka sejak pertengahan tahun 20155 hingga Disember 2016.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.