Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Ezlynn Buat Laporan Polis Terhadap Suami, Sering Pecah Masuk Rumah Dan Ambil Barang Berharga


Ezlynn atau Azline Binti Ariffin yang terkenal dengan lagu "Hi Hi Bye Bye"  hari ini mendedahkan yang beliau sudah membuat tiga laporan polis berhubung tindakan suaminya, Adam Fahmy, yang didakwa memasuki kediamannya di Damansara Perdana untuk mengambil barang berharga.

Terbaru, kejadian sama berulang lagi sekembalinya beliau dari Sarawak, dengan gril pintu rumahnya ditanggalkan terbuka.

Menurutnya, dia tidak menunggu masa yang lama untuk membuat laporan polis di Uptown, Damansara. Setelah dihubungi polis, suaminya itu mengaku telah menceroboh rumahnya.


"Saya sudah tak tahan dengan perangainya. Kenapa sampai perlu nak rosakkan barang seperti pagar? Bukannya dia tak boleh ambil kunci dengan adik-beradik saya. Selalunya saya tinggalkan kunci rumah dengan kakak.

"Habis semua barang berharga dia ambil, hingga tiada apa yang tinggal untuk saya. Daripada barang elektronik, kelengkapan riadah hinggalah yang berharga. Bayangkan kotak peti keselamatan pun dia ambil," katanya kepada BH Online.

Pada 20 April lalu, penyanyi itu memfailkan permohonan cerai cara baik terhadap suaminya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan 23 Oktober ini bagi perbicaraan lanjut apabila kedua-dua belah pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.