Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Hampir 17 Tahun Tidak Bertemu, Penghidap Kanser Merayu Anak Perempuannya Pulang Kerana Terlalu Rindu

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau tahu mengenai Zuzana, boleh hubungi Zaleha (0197261830) atau Siti Noor Ezilla (0122729063) - foto MyMetro
Kerinduan seorang ayah terhadap anak perempuan kesayangannya yang hilang tanpa khabar berita tidak pernah surut walaupun sudah 17 tahun berlalu.
Ismail Mat Dahan, 71, telah melakukan pelbagai cara untuk mencari anaknya, Zuzana, 38, di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Kini kudratnya tidak lagi sekuat dahulu kerana terlantar sakit selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak hampir dua bulan lalu. 
Menurut anak ketujuh beliau, Siti Noor Ezilla,31, sudah pelbagai cara yang mereka lakukan untuk mencari Zuzana termasuk mencari di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Jabatan Imigresen dan secara tradisional. Namun hasilnya tetap mendukacitakan.
Ketika mengimbau kembali peristiwa yang berlaku pada 2000, Siti Noor Ezilla berkata, kakaknya itu (Zuzana) lari dari rumah sewa keluarga mereka di Kampung Usaha Jaya, Johor Bahru sehelai sepinggang tanpa membawa pakaian mahupun kad pengenalan. Dia turut meninggalkan anak lelaki hasil perkongsian dengan bekas suaminya yang kini telah berusia 19 tahun.
Oleh itu, kepada sesiapa yang mengenali Zuzana boleh hubungi Zaleha,kakak sulungnya yang kini menjaga bapa mereka di No 136, Hulu Masjid Kampung Kelaboran, 16200, Tumpat, Kelantan
"Baliklah. Emak dan dua abang sudah meninggal (2006, 2004, 2010) pun kakak tak sempat jumpa. Kami tidak akan marah atau salahkan kakak kerana perkara ini sudah lama.
"Kami tidak ambil hati. Mungkin masa itu dia muda lagi (21 tahun), buat sesuatu tidak fikir panjang. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Kami rindu dengan dia sangat. Harap dia terbuka hati nak balik jumpa ayah," katanya.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau tahu mengenai Zuzana, boleh hubungi Zaleha (0197261830) atau Siti Noor Ezilla (0122729063).

Sumber : Harian Metro

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.