Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Hans Isaac Putus Tunang, Batal Perkahwinan Dengan Gabrielle Robinson


Sebelum ini Datuk Hans Isaac pernah menjadi perhatian media isu rebah di padang golf. Hari ini nama beliau sekali lagi disebut-sebut apabila dilaporkan telah putus dengan tunangnya, Gabrielle Robinson. 

Terbaru, Mstar memaklumkan, krisis yang melanda perhubungan Hans dengan tunangnya kebelakangan ini akhirnya menemui jalan pengakhiran apabila pelakon itu membuat keputusan membatalkan hasrat untuk mengahwininya.

Lebih kurang tiga jam lepas, Hans menerusi laman rasmi Instagramnya, telah memuat naik kata-kata seolah menyampaikan dia tidak mahu lagi meneruskan perhubungan bersama seseorang yang masih lagi belum ‘berubah’. Hmm, apa maksud Hans ni?

"A leopard will never change HER spots ! Time to move on."

Hans memberitahu portal tersebut bahawa keputusan itu dibuatnya setelah menimbangkan banyak perkara selepas pertunangan mereka pada 29 Februari lepas.



A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on


"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.
Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut."


Justeru, Hans tampil meminta maaf kepada semua kenalan dan ahli keluarga yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan mendoakan terbaik buatnya.

Ogos lalu, Mstar melaporkan Hans menolak dakwaan pertunangannya dengan Gabrielle sudah berakhir susulan tindakan mereka menghapuskan gambar bersama di Instagram.


A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on


Sumber: Mstar, 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.