Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Isteri Menikam Mati Suami, Polis Tidak Tolak Motif Cemburu



Cemburu mungkin menjadi motif seorang isteri menikam mati suaminya di sebuah rumah teres di Taman Permata Indah, Sungai Abong.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mereka tidak menolak kemungkinan tersebut, walau bagaimanapun pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut termasuk daripada aspek lain.


Sumber : FACEBOOK

“Siasatan awal mendapati kejadian ini akibat daripada masalah keluarga dipercayai mangsa tidak pulang ke rumah selama dua hari.


“Malah, dipercayai terdapat sedikit pergelutan antara mereka sehingga berlakunya tikaman di dada kanan mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong sayur berukuran 21 sentimeter,” katanya dalam sidang akhbar, sebentar tadi.


Menurut Zaharudin, suspek yang berusia 18 tahun kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kira-kira pukul 2 petang semalam, mangsa, Mohd. Firdaus Md. Salehuddin, 28,  dilaporkan maut ditikam oleh isterinya ketika sedang bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam di Pasar Maharani

Sumber : UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.