Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Jangan Sampai Merempat di Negara Sendiri, Purata Harga Rumah Amat Tidak Mampu Milik


Mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Statistik serta Jabatan Penilaian dan Khidmat Tanah minggu lalu, hanya isi rumah dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM10,757 mampu membeli rumah pada harga purata yang dijual di negara ini.

Berdasarkan data terkini Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Keperluan Asas 2016, purata harga rumah ialah RM387,258 sedangkan pendapatan median rakyat Malaysia hanya RM5,228 sebulan. Purata harga rumah pada 2014 pula ialah RM280,886.

Mengikut perkiraan Peradaban Medium Demografia Antarabangsa, ini menjadikan purata harga rumah yang dijual sebagai "amat tidak mampu milik" (severely unaffordable), di mana harga rumah hanya dianggap mampu milik jika ia kurang daripada tiga kali ganda pendapatan median tahunan isi rumah.

Jika dilihatkan kepada pendapatan median rakyat Malaysia juga, harga rumah mampu milik sepatutnya hanya RM188,208.

Malangnya, 78 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan kurang RM10,000 iaitu tahap pendapatan isi rumah yang diperlukan untuk menjadikan kebanyakan rumah yang dijual sekarang sebagai mampu milik.

Daripada jumlah tersebut, 41 peratus atau 2.33 juta isi rumah berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Setakat ini,purata harga rumah paling mahal dicatatkan di Kuala Lumpur dengan melebihi RM700,000 seunit.

Selain itu, turut membimbangkan apabila harga rumah di Sabah and Sarawak juga tinggi sedangkan pendapatan median penduduk Sabah dan Sarawak hanya sekitar RM4,100 (sebulan) berbanding penduduk di Kuala Lumpur yang memperoleh RM9,073 sebulan.

Sebelum ini kerajaan sudah pun melaksanakan pebagai dasar untuk mengurangkan peningkatan harga rumah, antaranya dengan Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) dan pembinaan lebih banyak rumah-rumah mampu milik.

RPGT ialah mekanisme untuk mengawal spekulasi pasaran hartanah.

Oleh itu, dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,ramai pemerhati ekonomi melihat pendekatan khusus yang bakal dicadangkan untuk mengatasi masalah ini pada 27 Oktober.

Kuala Lumpur mencatat harga rumah tertinggi dengan purata RM749,000 diikuti dengan Selangor (RM442,000), Pulau Pinang (RM410,000), Sarawak (RM408,000) dan Sabah (RM406,000)

Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.