Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Kajian Menunjukkan Lelaki Yang Melakukan Seks Oral Pada Lima atau Lebih Pasangan Berisiko Tinggi Menghidap Kanser di Kepala dan Leher Akibat Jangkitan HPV


Suatu kajian baru menunjukkan lelaki yang melakukan seks oral pada lima orang atau lebih berisiko tinggi menghidap kanser kepala dan leher akibat jangkitan HPV. Para penyelidik di John Hopkins memberi amaran kepada kaum lelaki terutamanya mereka yang merokok bahawa mereka berisiko tinggi untuk menghidap penyakit itu berbanding wanita.

Berdasarkan kajian, satu daripada sembilan lelaki Amerika menghidap HPV oral. HPV oral terjadi dibahagian mulut dan tekak  berbeza dengan HPV kelamin yang berlaku berpunca daripada persetubuhan. 




Semasa vaksin HPV pertama kali dilancarkan, ia hanya diberikan kepada remaja perempuan untuk melindungi mereka daripada kanser serviks. Namun, kajian hari ini menunjukkan pada tahun 2020 kaum lelaki yang aktif melakukan seks oral lebih memerlukan vaksin tersebut kerana terdedah kepada kanser orophryngeal.

Menurut Dr Carole Fakhry, Profesor di Jabatan Otolaryngology dan juga pakar pembedahan kepala dan leher, setakat ini belum ada ujian yang boleh digunakan untuk pemeriksaan kanser oropharyngeal. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kebanyakan individu yang menghidap HPV tidak menjangkakan yang mereka boleh dijangkiti kanser pada masa depan. 




Pada tahun 2016, pegawai kesihatan Amerika Syarikat mengesyorkan suntikan vaksin diberikan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 11 hingga 12 tahun bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Sumber - Daily Mail , Tular Kini

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.