Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun Parah Digigit Anjing Selepas Terlibat Dalam Kemalangan


Ainin Syuhadah Syahrul Nizam, baru berusia dua tahun parah di bahagian kepala selepas digigit seekor anjing di hadapan rumah kedai di Taman Banang Height, Batu Pahat kelmarin.

Ibunya, Noor Fazilah Ishak, 30, kakak dan bapa saudaranya yang turut terlibat dalam kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, motosikal yang mereka naiki terbabas merempuh pintu kedai berhampiran lokasi kejadian kerana cuba mengelak sebuah lori yang berhenti untuk memunggah barang. Lalu, anjing  yang diikat berdekatan terus menerkam Ainin Syuhadah.

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera memberikan bantuan dengan melepaskan kanak-kanak itu daripada anjing yang mengigit kepalanya.

Ainin Syuhadah kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.