Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Kapten Izham Ismail Dilantik CEO Kumpulan Baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB)


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail hari ini telah diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Baharu MAB berkuat serta merta. Beliau yang turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan akan memulakan tugasnya pada 1 Disember 2017.

Menurut MAB, bagi memastikan proses peralihan ini berjalan lancar, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan. Pelantikan Izham sejajar dengan pelan penggantian yang telah digariskan MAB sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan 12 Perkara MAS (MRP), yang disediakan bagi pembangunan dan penggantian bakat kepimpinan Malaysia.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.