Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Kereta Kesayangan Nabil Ahmad Dicuri


Kenderaan pelbagai guna (MPV) milik pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad, hilang ketika diparkir di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya, petang tadi.

Misteri kehilangan MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih disedari oleh pengacara musim keempat Gegar Vaganza (GV) itu selepas menghadiri konsert di sekolah anaknya, jam 2.30 petang.

"Sebaik selesai acara dan mahu pulang, saya sedar kereta tiada di tempat parkir di luar sekolah anak.

"Saya fikir mungkin tersalah tempat tetapi rupa-rupanya dicuri orang. Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

"Anggota polis menghantar saya dan keluarga pulang ke rumah," katanya pada konsert pertama GV4 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Sebelum ini, kereta milik bekas juara Raja Lawak musim pertama ini dipecahkan dalam kejadian di Sungai Buloh.

Insiden itu berlaku ketika Nabil dan keluarga sedang makan malam di kawasan berkenaan empat tahun lalu.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.