Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Lelaki Dipenjara Ugut Pukul Ibu Kandung Kerana Tidak Diberi Wang


Seorang pemuda menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistert Kuala Terengganu kerana mengugut mahu memukul ibu kandungnya kerana tidak mahu memberi wang diminta di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Aqrabin Mohd Yussof, 25, dari Kampung Losong Atap Zin, di sini, mengaku bersalah mengugut untuk memukul ibunya, Zaimah Jusoh, 58, di sebuah rumah di Kampung Losong Atap Zin, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistert Abdul Hayyi Salim mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan, kira-kira jam 4.30 petang, pada 9 Oktober lalu.

Terdahulu, kejadian berlaku apabila tertuduh mengamuk kerana ibunya tidak mahu menuruti kemahuannya supaya memberinya sejumlah wang.

Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan itu, tertuduh mengugut akan memukul ibunya sambil melemparkan meja serta membaling seterika baju, namun sempat dihalang oleh mangsa.

Oleh kerana bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarga, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan susulan.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.