Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Lima Pasaraya Giant Malaysia Bakal Ditutup Awal Minggu Depan


Berita pasaraya besar di Malaysia bakal ditutup bakal menjadi kejutan buat kebanyakan pengunjung. Terkini, sebanyak lima pasaraya Giant bakal ditutup secara serentak seawal minggu hadapan.

Kelima-lima pasaraya yang terlibat adalah Giant cawangan Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama. Masing-masing bakal ditutup secara serentak pada 5 November 2017 ini.


Menurut laporan, GCH Retail yang turut memegang hak perniagaan bagi Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall mengatakan syarikat mereka bersedia untuk membuat perubahan bagi pelan modal bisnes mereka sesuai dengan kehendak pengguna.

Selanjutnya, Giant cawangan Bercham, Perak bakal diperluaskan bagi menawarkan lebih banyak pilihan dan barangan kepada penduduk setempat. GCH Retail juga dalam masa yang sama sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai konsep terbaru daripada Cold Storage di KLCC.

Diharap keputusan yang dibuat ini bukanlah petanda ekonomi negara sedang tenat dan sekadar stategi bagi memantapkan bisnes syarikat yang berpengaruh dalam industri peruncitan ini.


Sumber : The Vocket

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.