Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Paderi Dituduh Melakukan Seks Luar Tabii, Masukkan Kemaluan Ke Mulut Anak Angkat


Dek kerana nafsu, seorang paderi sanggup melakukan persetubuhan bertentangan tabii dan melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang anak angkat perempuan warga China.

Lelaki berusia 49 tahun itu telah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak atas dua pertuduhan tersebut. Bagaimanapun paderi itu tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Yong Zarida Sazali.

Paderi tersebut didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dengan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun tanpa kerelaannya.

Kes ini akan didakwa mengikut Seksyen 377 A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 377 C Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, paderi yang mempunyai dua orang anak itu turut didakwa melakukan serangan seksual fizikal ke atas mangsa sama yang ketika itu berusia 17 tahun pada 7 Oktober 2017 jam 1 petang, di rumah yang sama di Petaling Jaya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh kerana khuatir tertuduh mengganggu mangsa yang merupakan anak angkatnya.

Manakala tertuduh yang diwakili peguam Siva Prema bagaimanapun memohon jaminan  diberikan dengan alasan tertuduh yang merupakan seorang paderi begitu dihormati oleh masyarakat.

Mahkamah menetapkan 4 Disember depan untuk sebutan semula kes.


Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.