Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Pedofilia Lulusan Universiti Cambridge, Dituduh Melakukan 137 Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Siapa sangka disebalik wajah ceria ini, dia merupakan seorang pedofilia yang ditakuti anak-anak kecil. foto- Daily Mail

Dr Matthew Falder, 28, seorang graduan lulusan Universiti Cambridge mengaku bersalah terhadap 137 kesalahan termasuk mengugut mangsa dengan menggunakan gambar dan disebarkan ke laman web lucah. 

Menurut laporan portal Daily Mail, lelaki ini juga dituduh melakukan gangguan seksual dan keganasan terhadap kanak-kanak, serta menyebarkan gambar yang tidak senonoh kanak-kanak ini sehingga berlaku kes rogol terhadap kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun. 

Falder yang menggunakan nama samaran "666devil" dan "evilmind" akhirnya tertangkap pada 21 Jun yang lalu setelah 8 tahun bersembunyi di sebalik imej baiknya dan menyiksa mangsa-mangsanya dalam senyap.

Semasa perbicaraan dijalankan, mahkamah mengambil masa yang panjang selama 30 minit hanya untuk membacakan pertuduhan terhadapnya. Hampir 50 orang yang menjadi mangsanya diancam untuk dimalukan sekiranya mereka tidak menghantar gambar lucah dan tidak senonoh kepadanya.

Ahli geofizik dari Universiti Birmigham ini turut menyebarkan gambar bayi dan kanak-kanak ynag diseksa dengan kejam kepada mangsa untuk menakutkan mereka sehingga ada mangsa yang mengalami gangguan mental sehingga sanggup untuk membunuh diri.

Hakim Mahkamah Tinggi Birmingham, Philip Parker menetapkan 7 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.