Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Pelakon Dipenjara 11 Tahun Kes Penyeludupan Dadah Ke Indonesia, Netizen Doakan Benjy Insaf


Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, seorang pelakon dari Malaysia dihukum penjara 11 tahun selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera.

Pada April yang lalu, Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah jenis itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu.

Selain hukuman itu, Mahkamah Daerah Medan juga mengarahkan aktor berusia 38 tahun itu untuk membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) .

Menurut Ketua Hakim, Prasetyo Wibowo, hukuman penjara itu lebih rendah berbanding 14 tahun seperti yang dicadangkan oleh pendakwa raya selain terlepas dari hukuman mati. Benjy juga terbukti bersalah dari segi undang-undang kerana memiliki dan mengawal narkotik.

Menurut laporan media tempatan Indonesia, sejurus hukuman dibacakan, Benjy  gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata.

Netizen juga bersimpati akan nasib pelakon itu selepas melihat reaksi Benjy seperti yang dipaparkan di laman sosial rasmi @My_CrimeWatch .


 "Kasihan pula tengok dia menangis," tulis @CahayaSakinah_.

"Banyak-banyak mula orang menyesal aku tengok, muka ini yang paling aku kasihan," tulis @Heeeyiii.

"Jangan benci dia. Benci perbuatan dia," kata @misskillll.

"Bukan salah ibu mengandung," kata @SafuanBensa.


Netizen berharap dan juga mendoakan agar Benjy menginsafi perbuatannya dan tidak mengulanginya lagi.

"Semoga Allah beri hidayah kepadanya. Amin," doa @syu9093.

Benjy merupakan anak sulung pelakon legenda Malaysia, Allahyarham Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser pada 17 Disember 2013.

Sumber: @My_CrimeWatch, Berita Harian, AFP , Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.