Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Ibu Leka Bermain Telefon Sanggup Suruh Anak Buang Air Dalam Mangkuk Makanan

Memetik laporan portal Shanghaiist, kejadian menjijikan tersebut berlaku di sebuah restoran di daerah Fangzhuang. Pengunjung lain yang turut berada disitu cuba menegur wanita tersebut, namun si ibu itu dilapor tidak mempedulikan teguran itu.

Di China seorang ibu sanggup membiarkan anaknya membuang air di dalam sebuah mangkuk makanan apabila anaknya itu meminta si ibu menemani ke tandas.

Memetik laporan portal Shanghaiist, kejadian menjijikan tersebut berlaku di sebuah restoran di daerah Fangzhuang. Pengunjung lain yang turut berada disitu cuba menegur wanita tersebut, namun si ibu itu dilapor tidak mempedulikan teguran itu.
Selepas insiden itu menjadi tular di laman sosial China Weibo, seorang wartawan tempatan melawat restoran tersebut untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak pekerja.

Seorang pekerja restoran tersebut mengesahkan kejadian ini dan berkata ia merupakan kali pertama berlaku dalam tempoh 10 tahun beliau bekerja. 

Pekerja itu menyifatkan tindakan wanita itu sebagai ‘bodoh dan tidak masuk akal’ kerana setiap tingkat restoran berkenaan telah dilengkapi tandas.

Tambahnya, pelanggan disarankan agar tidak bimbang kerana kesemua mangkuk dan alatan itu sudah dibuang.

Sumber : Berita Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.