Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Pemandu Treler Serah Diri Selepas 23 Jam Kemalangan Maut


Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pasangan suami isteri di KM 270.3 Lebuhraya PLUS di sini semalam akhirnya menyerah diri petang tadi.

Menurut Ketua Polis Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada jam 4.30 petang tadi.

"Lelaki dari Bukit Beruntung, Rawang itu, mengaku sebagai pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan itu dan pemeriksaan air kencing adalah negatif dadah.

"Dia akan direman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada BH Online.

Pasangan Lau Lian Huat, 62 dan Lim Ah Gim, 60, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Terdahulu tular di media sosial rakaman sebuah treler tanpa muatan yang menghala utara, secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan lalu terlanggar pembahagi lebuh raya.


Treler itu meluru masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.

Pemandu treler itu bagaimanapun tidak dapat dikesan di tempat kejadian selepas kemalangan itu kerana dipercayai melarikan diri.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.