Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Premier League :Manchester United 1-0 Tottenham Hotspurs


Manchester United akhirnya berjaya mengutip tiga mata hasil jaringan Martial sekaligus mengecewakan Spurs di laman sendiri.

Selepas asakan demi asakan dilakukan, akhirnya jaringan pemain gantian Anthony Martial pada minit ke-81 membantu Manchester United menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford sekali gus mengekori rapat pendahulu Manchester City, sebentar tadi.

Minggu lalu, pasukan tuan rumah telah dikejutkan Hudddersfield Town, hari ini tampak bergelut dengan pertahanan kental Spurs dan kemenangan di laman sendiri itu pasti melegakan pengendalinya, Jose Mourinho.

United kini mengumpul 23 mata, dua mata di belakang pendahulu City manakala Spurs yang berada di tangga ketiga dengan 20 mata. Impak pemain simpanan Jesse Lingard dan penyerang Perancis, Martial jelas memberi sinar baharu buat United pada perlawanan yang menyaksikan babak kedua berlangsung dalam keadaan hujan.



Sumber : Premier League

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.