Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Proton Bakal Gegar Benua Asia, Enjin Baharu Setanding Jenama Antarabangsa


Pelantikan Dr. Li Chunrong pada akhir September lalu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Proton menjadi berita besar bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Hal ini sekali gus membuktikan pihak pentadbiran Proton ataupun Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB) memang serius mahu berubah.

Bisnes automotif bukan sekadar cerita industri berat, malah lebih kepada strategi kelangsungan hidup amat kritikal dan bukan ‘main-main’ sekadar buat kereta untuk dijual tanpa ada transformasi minda pada jangka panjang.

Tugas saya bukan memandang ke belakang tetapi saya akan kerja siang dan malam memastikan Proton benar-benar berjaya.- Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Proton telah menjalin pakatan strategik dengan Zhejiang Geely Holdings Group dari China selepas menolak beberapa tawaran bidaan kerjasama dengan pengeluar kenderaan lain dari Barat.

Kejayaan Dr Li Chunrong dalam memajukan Honda, Kia dan Dongfeng sebelum ini amat dicemburui syarikat automotif Barat tetapi kesudian Chunrong sanggup galas tugas berat memulihkan Proton yang lesu inilah paling ‘digeruni’ pihak lawan.

Ia bukan mustahil malah kesediaan Geely bantu Proton sebenarnya ada hikmah bagi selamatkan syarikat tempatan ini daripada ‘jatuh’ berterusan. Pendek kata, Proton kini ibarat sudah nampak ada cahaya di hujung terowong!

Kenderaan pertama hasil usaha sama ini merupakan SUV bersaiz sederhana, Geely Boyue, dan kali pertama Proton memasuki segmen itu yang cukup popular dalam kalangan kumpulan pembeli berpendapatan sederhana.

Apa yang menarik, tidak ramai sedar kunci kejayaan Proton ialah produk kereta bermutu ditawarkan di pasaran, sekali gus memastikan semua pihak dapat menikmati keuntungan dan inilah ditawarkan Geely sebagai timbal balas.

Geely bahkan beri sokongan padu untuk kejayaan Proton, termasuk denngan menawarkan sumber Volvo dimiliki syarikat China itu serta bekalan enjin baharu memenuhi piawaian pelepasan asap Euro 6, enjin hibrid dan elektrik.

Apa yang penting semua pihak termasuk rakyat Malaysia yang patriotik sayang jenama Proton, perlu sokong usaha pemulihan tanpa rasa ragu. Ayuh Proton bangkit tawan dunia! 

Sumber– Mynewshub.cc/HAA

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.