Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Remaja Hampir Maut Makan Ubat Naik Berat Mengandungi Steroid

Pesakit datang ke klinik dengan permintaan untuk buat pemeriksaan darah untuk fungsi buah pinggang dia. Tengok pada dia, muda lagi ni. Baru dalam awal 20an. Pelik dan hairan juga kan. Kenapa tiba-tiba risaukan organ detoksifikasi dia tu. - Ujar Dr. Rusyainie Ramli


Seorang remaja lelaki menempah maut gara-gara terpengaruh dengan iklan suatu produk untuk menaikkan berat badan. Ikuti kisah ini yang dikongsi oleh Dr. Rusyainie Ramli dilaman sesawang beliau.

Pesakit datang ke klinik dengan permintaan untuk buat pemeriksaan darah untuk fungsi buah pinggang dia. Tengok pada dia, muda lagi ni. Baru dalam awal 20an. Pelik dan hairan juga kan. Kenapa tiba-tiba risaukan organ detoksifikasi dia tu.
kementerian kesihatan malaysia
Dua jenis ubat menaikkan berat badan yang tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai steroid yang membahayakan nyawa.

Dia pun keluarkan 2 keping paket ubat. Aneh dan ganjil sebab memang saya tak pernah pun lihat paket ubat tu. Ada tulisan yang macam BM tapi lain sikit bunyi.

Terbongkarlah cerita yang mamat ni pergi toko jamu yang jual ubat dari seberang, sebab dia nak gemuk. Memang pun. Dia nampaklah kurus keding dari luarannya. Bila dia pergi sana, bani jamu dah bertukar jadi bani doktor segera dan tiruan, bila cadangkan pada dia yang untuk menambahkan berat badan, dia kena makan 2 jenis ubat ni. Tapi kena diam-diam. Ubat ni TIDAK BERDAFTAR dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat yang pertama tu sejenis steroid. Memang formulasi lain dengan kat negara kita. Kat sini ada 2 dos, 0.5mg dan 4mg. Steroid HANYA BOLEH DIPRESKRIPSIKAN oleh doktor dan mesti ada pemantauan berkala kalau ambil untuk jangka masa panjang.

Steroid ni memang bukan dengan selamba ikut suka nak makan. Bani doktor palsu bagi sebab memang ia boleh menyebabkan selera makan bertambah-tambah. Maka jadilah pengumpulan lemak. Masalahnya dia ni dah jadi gemuk kat bahagian tengah badan, maka buncit la dia. Anggota tangan kaki kurus saja. Silap hari bulan lemak penuh kat belakang tengkuk.

Steroid pun boleh menyebabkan 'water retention', jadilah muka sembab dan bengkak kaki. Elok sangat la tu, memang 'gemuk' la kan.

Kesan sampingan steroid ni banyak. Sebab tu doktor bertauliah saja yang boleh bagi. Buah pinggang rosak tu dah memang gerenti. Lain dari tu:
1. tulang reput
2. glaukoma, kabur pandangan atau katarak
3. tumbuh bulu pada bahagian badan macam muka
4. otot jadi lemah
5. kulit badan merekah jadi warna ungu
6. mood jadi tak menentu
7. susah tidur malam
8. luka pada lapisan perut
9. tekanan darah naik
10. paras glukosa dalam darah tak terkawal

Yang satu lagi ubat tu lagi la pula. Tak boleh dijual di Malaysia pun. Memang tak ada. Ni seludup masuk la ni. Dah sah-sah haram ok. Ceproheptadine yang pesakit tunjuk ni, dos pun tak tulis. Ubat ni sebenarnya dari geng anti-histamin. Ala yang doktor bagi kalau kena alahan, ekzema atau allergic rhinitis tu. Bani doktor palsu bagi sebab salah satu kesan sampingannya ialah tambah selera makan.

Masalahnya, kesan sampingan lain macam buat mengantuk, jantung berdegup laju, bunyi berdesing dalam telinga, pening atau sakit kepala, tu siapa nak bagitahu pesakit. Entah-entah bani doktor palsu ni pun tak tahu menahu. Pesakit telan je ubat tu sebab dia naif. Silap-silap, kalau terlebih dos, boleh ucap selamat tinggal pada hati sebab dah rosak.

Kita ni kena jadi pengguna yang cerdik akal dan ada sikit ilmu bab-bab macam ni. Nak beli ubat ni kena lah pastikan ubat tu berdaftar dengan KKM. Periksa ada tak nombor pendaftaran bermula dengan MAL. Boleh tengok kat laman sesawang npra.moh.gov.my

Jangan la main belasah saja. Main ikut buta tuli apa orang cakap. Tak pernah lagi la saya jumpa orang beli ikan kat kedai jual kasut kan. Jadi, apa-apa hal pun, BERTANYALAH PADA YANG AHLI. Orang pakai kereta BMW pun tak hantar kereta dia kat mekanik yang tahu baiki kereta Perodua. Dia mesti cari mekanik BMW. Ni badan kita ni. Kita lah kena bertanggungjawab.

Pesakit tadi tak mahu bagitahu kat mana toko jamu tu. Bersungguh-sungguh dia nak sorok. Kalau saya tahu, memang saya buat laporan kat sispaa.gov.my, biar kena serbu premis tu. Biar tuan punya kedai tu sedar, dia tu tak ada hati perut. Pentingkan untung, kesihatan pembeli peduli apa.

Insaf terus pesakit dapat nasihat panjang lebar. Dia dah silap langkah. Nasib dia diberikan hidayah datang jumpa doktor sebelum rosak menjadi parah. Masa tu kena pasrah dah la. Nak tambah berat badan? Tak ada masalah, kita rujuk pada pakar pemakanan. Mereka tu arif bijaksana bab tu. Kita serah saja pada mereka.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.