Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Scam Atas Talian, Mangsa Terima Panggilan Dari Individu Dakwa Dirinya Polis, Dituduh Terlibat Dalam Sindiket Dadah


KUALA LUMPUR: Terkejut dan tidak percaya, seorang lelaki warga tempatan hampir menjadi mangsa sindiket penipuan atau scam atas talian  yang menjadikan identitinya sebagai 'modus operandi' untuk melakukan penipuan oleh sebuah sindiket antarabanga.

Kejadian ini berlaku pada Selasa lalu selepas pengadu menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya seorang pegawai polis berpangkat Koperal dari Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Saya terima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan dia seorang pegawai polis dan dia memaklumkan bahawa kereta yang saya sewa terlibat dalam dalam kejadian langgar lari di Pulau Pinang minggu lalu dan kini dikehendaki polis Pulau Pinang,” katanya kepada Astro AWANI.
Mereka menggunakan alasan kad ATM bank lelaki berkenaan ditemui di dalam kereta terbabit, susulan itu juga tiga suspek telah ditahan dan dia diminta memberikan kerjasama.

“Bagaimana mungkin saya boleh terlibat dengan kes ini sedangkan saya berada di Kuala Lumpur ketika itu? Dan bagaimana nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon saya boleh diketahui oleh pemanggil terbabit,” tambahnya.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu bagaimana maklumat peribadinya boleh diperoleh individu berkenaan tetapi beliau mensyaki ia adalah sebahagian daripada sindiket penipuan internet yang semakin serius ketika ini.

Berikutan itu, pengadu telah membuat satu laporan polis bagi melindungi dirinya, dan hasil pemeriksaan dan seperti yang dijangka dia tidak tersenarai antara individu yang dikehendaki polis.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 2016 menunjukkan 3,921 insiden penipuan dalam talian dilaporkan membabitkan pelbagai kes seperti curi data, skim penipuan, pembelian barangan dalam talian serta perbankan internet.

Jumlah itu adalah peningkatan kira-kira 20.4 peratus berbanding tahun 2015.

Sumber : Astro Awani

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.