Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Sering Beri Alasan Tidak Mahu Memakai Kondom, Lelaki Sebabkan 32 Wanita Dijangkiti HIV


Valentino Talluto, lelaki berusia 33 tahun telah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun pada Jumaat lalu kerana menyebabkan lebih 30 wanita dijangkiti virus HIV.

Semasa mahkamah bersidang, lelaki warga Itali ini mengakui telah melakukan hubungan seks bersama mangsa tanpa perlindungan meskipun mengetahui dia menghidap virus HIV.



Selain mempunyai raut wajah yang tampan, lelaki yang bekerjaya sebagai ahli akauntan ini memberi kelebihan kepadanya untuk mengenali ramai wanita menerusi laman sosial.

Siasatan polis mempercayai dia telah melakukan seks dengan lebih 50 orang wanita kesemuanya. 

Talluto sering memberikan alasan dia mempunyai alahan terhadap kondom kerana enggan memakai alat itu semasa melakukan hubungan seks bersama pasangannya. 

Seramai 32 wanita didapati dijangkiti virus HIV selepas melakukan ujian saringan.

Talluto kesal dengan apa yang berlaku dan tidak menyangka akibat buruk daripada tindakannya itu.

Pihak pendakwa menggesa supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya kerana dengan sengaja menyebarkan virus HIV.

Sumber- Mirror

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.