Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Setiap Pagi Mereka Keluar Bersama Ke Tempat Kerja, Mangsa Kemalangan Sempat Hubungi Anak Meminta Tolong


PERMATANG PAUH - Salah seorang mangsa yang terbunuh, Noriah Kasa, sempat menghubungi anaknya untuk meminta tolong selepas bas yang dinaikinya merempuh belakang bas lain di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) di sini pagi ini.

Walau baagaimanapun, anaknya Norasyikin Zuryanidufizan tidak dapat bercakap panjang apabila talian terputus dan panggilan semula kepada ibunya tidak dijawab.

Menurut rakannya yang ditemui ketika berada di Unit Forensik, Mohd. Sabri Azhar, Norasyikin menerima panggilan daripada pihak polis untuk memaklumkan kemalangan yang telah meragut nyawa ibunya kerana tersepit dalam bas akibat rempuhan dan memintanya hadir ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Tambahnya, mereka dua beranak akan keluar bersama-sama untuk ke tempat kerja dari rumah mereka di Parit Buntar,Perak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komissioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, mereka dapati salah sebuah bas kilang yang terlibat dalam kemalangan berhenti di kiri lebuh raya kerana mengalami kerosakan enjin. 

Bas itu membawa 40 pekerja kilang warganegara Indonesia dan Nepal. Manakala sebuah bas kilang yang membawa 17 penumpang lagi yang datang dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar belakang tepi bas tersebut. Setakat ini jumlah kematian ialah  lapan orang yang terdiri daripada tujuh warga asing dan seorang rakyat tempatan.

Menurut Nik Ros Azhan lagi, kedua-dua pemandu bas kilang warga tempatan itu ditahan di IPD Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut. Ujian saringan air kencing dan ujian darah akan dijalankan terhadap kedua-dua pemandu.

Sumber : Utusan Online, Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.