Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Siti Nurhaliza Menerima Gelaran Datuk Seri


PEKAN - Sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tiga selebriti lain antara 101 individu menerima darjah kebesaran Pahang di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Kuala Lipis Pahang ini dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga selebriti yang turut menerima anugerah kebesaran ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau nama sebenarnya, Datuk Idris Md. Yusof yang turut menerima SSAP.

Pereka fesyen terkenal iaitu Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn. Bhd., Jovian Mandagie dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim yang merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar. -

Sumber : UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.