Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Skandal Shahir Terjawab, Ewal Buka Mulut Sikap Sebenar Mona Syamimi


Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kontroversi yang terpalit kepada penyanyi program realiti terkenal Akademi Fantasia, Shahir Zawawi dengan seorang wanita yang juga seorang pramugari, Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Menerusi pendedahan yang dilakukan wanita itu, dia memberitahu hubungannya dengan penyanyi itu adalah rapat dan bukannya sebagai peminat seperti yang disangkal Shahir.

Berikutan itu, peserta AF Megastar, Ewal, 25, tampil dan turut mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa perangkap Mona.

Ewal menyifatkan wanita itu seorang yang gemar mencari perhatian, malahan terdapat beberapa orang bintang program realiti lain, termasuk dirinya yang cuba dihampiri Mona dengan modus operandi yang sama iaitu mengakui diri sebagai peminat tegar. Bagaimanapun Ewal berjaya mengelak daripada terus diperdayakan dan dipergunakan.

“Dia memulakan langkah dengan meninggalkan komen di laman sosial sebelum berani menghantar ‘direct message’ (DM) untuk menghampiri mangsanya,” katanya.

Ewal berharap agar Shahir diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangannya di pentas akhir AF Megastar yang akan berlangsung hujung minggu ini dan menganggap isu tersebut sebagai satu dugaan buatnya. 

Sumber : Utusan Online

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.