(Video) Tahniah, Siti Nurhaliza Sah Hamil 4 Bulan
Berita gembira buat peminat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin apabila penyanyi itu secara rasminya mengumumkan yang beliau telah hamil empat bulan. Pengumuman istimewa itu dibuat oleh Siti Nurhaliza di rumahnya di Bukit Antarabangsa di sini pada malam Jumaat, 12 Oktober lalu.
Berita itu mengesahkan lagi khabar angin pada Julai lalu, apabila satu sampel darah individu dicatatkan atas nama 'Siti Nurhaliza Tarudin' telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya oleh sebuah hospital.
![]() |
Datuk Siti Nurhaliza semasa sidang media mengesahkan kandungannya. - foto IZZRAFIQ ALIAS/ The Star |
![]() |
Datuk K di Majlis Kenduri doa selamat sebelum pengumuman mengenai pengesahan kandungan Datuk Siti Nurhaliza |
Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran kandungannya yang baru berusia dua bulan.
Siti, 38, berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Sumber : MStar
Tiada ulasan: