Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Tangan Hampir Hancur Dikisar Mesin Tebu


Seorang lelaki warga emas cedera parah di tangan akibat tersepit mesin tebu semasa mahu memulakan perniagaan di Bandarian.
.

Mangsa, Abdul Majid Beran, 70an, kini berada di Hospital Taiping dan difahamkan pembedahan ke atas tangannya akan dilakukan segera.

Anak mangsa, Nuratina Abdul Majid, 42, berkata ayahnya kini dalam keadaan baik namun agak lemah kerana menahan sakit akibat insiden itu. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 petang semasa ayahnya bersiap-siap untuk memulakan perniagaan di Pasar Malam Bandariang.

Pada kebiasaannya bapanya melakukan kerjanya dengan cermat, tidak pernah buat secara tergesa-gesa. Namun, kejadian jarinya tersepit semasa memasukkan tebu yang pertama. Tiba-tiba mesin tebu menyedut tangan bapa saya hingga ke lengan ketika bapanya cuba melipat tebu itu untuk diperah kali kedua.

“Teruk juga keadaan tangannya. Adik bongsu saya yang tolong buka mesin itu dan keluarkan tangan ayah kemudian terus hantar ke Hospital Gerik,” katanya kepada portal berita Sinar Harian. Nuratina memaklumkan ayahnya dalam keadaan stabil dan hanya menunggu masa untuk pembedahan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.