Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Tegur Supaya Perlahankan Muzik, Remaja Parah Ditetak Dua Lelaki


PASIR GUDANG: Seorang remaja parah di bahagian belakang dan kepala akibat ditetak dalam kejadian, di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam gara-gara menegur dua lelaki memasang muzik kuat daripada pembesar suara kereta, awal pagi semalam.

Menurut Superintendan Jokhiri Abd Aziz, Ketua Polis Daerah Seri Alam, kejadian pada jam 2.05 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 17 tahun diserang kira-kira 15 lelaki di kawasan perumahan itu, dipercayai berpunca apabila mangsa menegur dan menasihati dua suspek memasang lagu dan muzik dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka.

Tambahnya lagi, teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada dua suspek yang awal datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motosikal. Kira-kira 15 orang datang membawa parang dan pisau menyerang mangsa hingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala.

Jokhiri berkata, semua suspek dipercayai bukan penghuni di kawasan flat berkenaan.

Mangsa yang cedera parah dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dirawat di wad dan kini di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan cedera parah dengan senjata.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.