Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Terbabas Hingga Langgar Pembahagi Jalan, Penuntut KUIS Maut


Satu kejadian nahas sebuah kereta di Kilometer 181 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, lewat petang semalam telah mengorban nyawa seorang penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Dalam kejadian yang berlaku berdekatan dengan Plaza Tol Ipoh Selatan itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fahim Fahmi, 21, dikatakan hilang kawalan  akibat ribut kuat dan kereta jenis Proton Persona yang dipandunya terbabas hingga melanggar pembahagi jalan. 

Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh manakala dua penumpang kenderaan masing-masing berusia 20 dan 21 tahun turut cedera.

Sementara  itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, dua mangsa cedera berjaya keluar sendiri dari kenderaan itu, sementara seorang lagi yang parah dikeluarkan orang awam.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan kemusnahan kereta dianggarkan 80 peratus.

"Operasi dikendalikan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh ini tamat pada jam 7.58 malam.

"Keadaan itu menyebabkan keseluruhan kereta terbakar.

"Di lokasi, semua mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia ketika ditempatkan di wad kecemasan," katanya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abd Rani Alias, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam sekitar jam 5.50 petang, beberapa siling konopi dan palang di Plaza Tol Ipoh Selatan arah Utara tertanggal dan mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petir.

Akibat kejadian, empat lorong plaza tol terbabit terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan dan dibuka semula tidak lama kemudian.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.