(TERKINI) Keputusan Penuh Liga Super 2017
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN TERAKHIR
Berikut Keputusan penuh terakhir perlawanan Liga Super, sebentar tadi:
Kedah dan JDT seri tanpa jaringan.
Pasukan Melaka pula tewas dengan pasukan Kelantan di laman sendiri apabila hanya mampu memasukkan 1 gol pada minit ke-30 oleh Nicholas Swirad. Pasukan Kelantan menang bergaya apabila membenamkan hasrat Melaka apabila Abou Bakar Al Mel dan Allessandro Celin terus menyumbat gol ke gawang Melaka.
Pahang seri bertemu pasukan Perak apabila masing-masing hanya mampu membawa pulang 1 mata jaringan oleh Christie Jayaseelan pada minit ke-23 dan Nasir Baharuddin pada minit ke-78.
PKNS FC hanya mampu mengutip 2 gol yang dijaringkan oleh Shahrul Azhar Ture pada minit ke-23 dan Abdou Jammeh pada minit ke-90,menentang pasukan FELDA United yang berjaya menjaringkan 4 gol oleh Thiago Augusto minit ke-50, 73 dan 93 serta Zah Rahan Krangar pada masa tambahan.
Pulau Pinang tewas menentang pasukan Selangor apabila hanya menjaringkan 1 gol oleh Jafri Firdaus Chew, manakala Selangor berjaya menjaringkan 3 gol dimana jaringan pertama dimasukkan Andik Vermansah pada minit ke-25, dan Rufino Segovia pada minit ke-50 dan 68 sekaligus mengagalkan hasrat Pulau Pinang untuk merebut peluang masuk ke Liga Super.
KEDUDUKAN TERAKHIRFull time perlawanan terakhir #LigaSuper2017 pic.twitter.com/lf9QMFT5xQ— Berita Bola Sepak (@BBST15) October 28, 2017
Sarawak berputih mata di laman sendiri apabila terikat seri tanpa jaringan bertemu pasukan T-Team sekaligus menggagalkan hasrat mereka untuk kekal dalam Liga Super musim depan.
Pasukan itu terpaksa akur dengan kedudukan tercorot liga dengan 21 mata.
Sumber : Berita Bola SepakKedudukan terakhir #LigaSuper2017— Berita Bola Sepak (@BBST15) October 28, 2017
Tahniah JDT juara Liga Super!
Sarawak & Penang tersingkir ke Liga Perdana 2018. pic.twitter.com/FE58OjiLNH
Tiada ulasan: