Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

Tidak Perlu Malu, Gadis SABAH Ini Tampil Yakin Dengan Wajah Berjerawat



Setiap orang mempunyai citarasa sendiri untuk mendefinisikan kecantikan. Ada yang sanggup menanggung risiko berbahaya dengan melakukan pembedahan kosmetik atau menelan pil-pil kecantikan untuk menjadi "cantik" menurut takrifan mereka.

Berbeza dengan gadis dari Kota Kinabalu, Sabah ini, Charisa Debully Francis, 18 tahun, kerana telah berjaya mempengaruhi beribu-ribu remaja di Malaysia dengan mesej positif bahawa kecantikan lebih daripada sekadar penampilan fizikal.

Jika dilihat kebanyakan gambar yang dikongsi olehnya di Instagram menunjukkan mukanya tanpa mekap, yang dipenuhi dengan jerawat dan parut. Pasti ada yang memberi pendapat dan komen mengenai wajahnya.

Foto : Instagram

“Kadang-kadang apabila saya keluar di khalayak ramai, orang asing secara rawak akan datang kepada saya dan mula memberikan komen tentang wajah saya,” katanya kepada mStar.

“Mereka bertanya kepada saya perkara-perkara seperti ‘Mengapa anda tidak berjumpa doktor tentang hal ini’ walaupun saya telah menjalani setiap rawatan untuk menghilangkan jerawat dan parut di wajah saya.”

“Ia benar-benar menyakitkan hati apabila orang mempermainkan dan mentertawakan penampilan saya. Mungkin kerana mereka tidak faham bahawa jerawat boleh terjadi kerana faktor lain yang tidak dapat dikawal, seperti ketidakseimbangan hormon dan faktor genetik. “


 Charisa berkongsi bahawa jerawatnya muncul ketika dia akan menduduki peperiksaan SPM, dan menjadi lebih tertekan apabila rakannya juga melihat perubahan dalam penampilannya.

Dia cuba mengambil ubat-ubatan untuk membantu mengawal jerawatnya, tetapi kesan-kesan sampingan terlalu banyak terjadi.

“Saya berhenti mengambil ubat yang diberikan oleh doktor selepas seminggu kerana ia membuat saya muntah.”

“Siapa yang tidak tertekan apabila menghadapi masalah seperti ini? Itulah sebabnya saya sentiasa memberi nasihat kepada orang yang menghadapi perkara yang sama untuk sentiasa menjaga hubungan anda dengan Tuhan bagi menghadapi masa-masa yang sukar seperti ini.”

Dia memberi inspirasi kepada ramai anak muda yang mengalami perkara yang sama di halaman Instagramnya. Dengan lebih daripada 16,000 pengikut, dia menggunakan pengaruhnya untuk menyebarkan kesedaran dan mengajar semua orang bahawa ada kehidupan yang lebih baik daripada kelihatan menarik secara konvensional.

Charisa kini sedang belajar muzik di Institut Seni Sabah. Sementara itu, dia terus memberi inspirasi kepada ramai remaja untuk menghadapi kecacatan dan keindahan dalaman mereka.

Dia merupakan wanita muda yang luar biasa! Charisa patut dijadikan contoh kepada remaja di luar sana!

Sumber : Era Baru

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.