Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(TIPS) Amal Menu Ini Boleh Ubah Anda Dari Kurus Ke Sado


Nak jadi sado tak salah. Yang penting, jangan ambil jalan singkat sampai memudaratkan kesihatan. Ada kes individu yang taksub nak cepat sado, sanggup ambil supplement yang tiada kelulusan sehingga terpaksa menanggung kesakitan seumur hidup. Pemakanan yang seimbang dan senaman merupakan jalan terbaik dan selamat untuk mendapatkan badan sado yang diimpikan.

Amalkan makanan seimbang, ikut piramid makanan


1.Tambah Kuantiti dan Kadar Pengambilan Makanan

Sekiranya anda seorang yang aktif bersukan dan gemar pergi ke gym, anda perlu mengambil makanan secara kerap. Hal ini kerana, setiap kali kita bersenam, tubuh kita akan membakar lebih banyak kalori berbanding ketika kita tidak aktif bersenam. Pengambilan makanan yang tidak mencukupi akan menyebabkan tubuh akan cepat letih dan kekejangan otot.

2. Susun Jadual Pemakanan
Pastikan anda mengambil makanan 1 jam sebelum bersenam supaya makanan yang diambil dapat dihadam dengan baik sekaligus dapat membekalkan tenaga untuk bersenam. Ambil makanan dalam kuantiti yang kecil selepas satu sesi senaman atau latihan seperti buah-buahan untuk menggantikan semula zat-zat yang hilang semasa bersenam.



3. Tingkat Kadar Karbohidrat Dalam Pemakanan
Karbohidrat penting kerana ia memberikan lebih banyak tenaga kepada tubuh badan anda yang diperlukan semasa bersenam. Ambil karbohidrat sebelum atau selepas aktiviti fiikal dilakukan.



4. Tingkatkan Sumber Protein
Untuk anda yang hendak kelihatan seperti abang-abang sado, amalkan memakan lebih banyak protein untuk membina otot dengan cepat. Ikan, ayam , daging dan telur adalah contoh protein yang boleh diambil selain protein shake.



5. Amalkan Makan Sayur dan Buah
Sayur-sayuran dan buah-buahan penting kerana ia dapat meningkatkan nutrien dan membekalkan vitamin kepada tubuh badan.

Sumber : Maskulin

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.