Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(TIPS) Cara Kawal Kereta Jika Tayar Pecah Masa Memandu


Sejak kebelakangan ini, kita sering terlihat berita mengenai kemalangan yang berpunca daripada tayar kenderaan yang meletup semasa memandu. Terbaru, tular di media sosial rakaman kejadian tayar sebuah trailer secara tiba-tiba meletup menyebabkan kemalangan hingga meragut dua nyawa.

Sememangnya kita tidak dapat meletakkan 100% kesalahan kepada pemandu tersebut. Mungkin disebabkan kurang pengetahuan bagaimana untuk mengendalikan kenderaan yang tayarnya pecah semasa memandu hingga menyebabkan dia terbabas. OdenRunner Skudai telah berkongsikan tips bagaimana untuk mengawal kereta jika tayar pecah semasa memandu. Semoga tips ini bermanfaat kepada kita semua!

CARA KAWAL KERETA JIKA TAYAR MELETUP SEMASA MEMANDU

*Bagaimana untuk mengawal kereta jika tayar pecah semasa memandu?*

1) Jangan terus menghentam pedal brek. 

Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukan dalam kejadian tayar pecah kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan.

Anda boleh menggunakan 'brek enjin' dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.


2) Jangan mengangkat kaki dari pedal minyak secara tiba-tiba. 

Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak untuk seketika, sebelum melepaskan ia beransur-ansur. Pergerakan kenderaan akan segera perlahan dan berhenti dengan lebih cepat selepas tayar pecah. Jika anda dalam kawalan pelayaran (auto-cruise), pastikan anda memadamkan fungsi ini.


3) Saat kejadian kereta anda akan berasa ditarik ke arah tayar yang pecah. Cuba untuk memastikan arah kenderaan anda adalah lurus. Membelok stereng dengan banyak semasa kenderaan masih laju dan tayar pecah akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.


4) Hidupkan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada kenderaan sekeliling.

Program kawalan kestabilan Kenderaan (contohnya ESP) dalam sistem sesebuah kenderaan juga adalah penyelamat dalam keadaan tayar pecah. Pertimbangkan ciri-ciri ini apabila merancang untuk membeli kereta anda yang seterusnya demi lebih ciri keselamatan.



Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.


PS : Picture dari Google dan Video Rakaman drp kamera sebuah kereta di lebuhraya kl - air keroh, Melaka. Video 01 Tayar kereta Myvi pecah dlm keadaan laju > 100km/j. Pemandu beserta penumpang cedera dalam kejadian pada 19.10.17 23:00 Melaka.
Video 02 Tayar Lori Pecah. Kemalangan maut
Plus highway menghala ke selatan selepas rnr seremban 27 okt 17. 5pm.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.