Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(TIPS) Cara Mudah Dan Cepat Surutkan Bengkak Kaki Akibat Terseliuh


CARA MUDAH DAN CEPAT SURUTKAN BENGKAK KAKI AKIBAT TERSELIUH

Dalam kehidupan seharian kita, kadang kala kita terleka melakukan pekerjaan sampai kita tak sedar, musibah sedang menanti. Apabila berlakunya kemalangan, kita terjatuh, dan terseliuh, tidak lama kemudian kaki kita menjadi bengkak. Keadaan ligamen yang terkoyak menyebabkan berlakunya pembengkakkan. 

Selain memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor, kita boleh amalkan petua ini yang dikongsi oleh Puan Lina Hassan di Facebook beliau untuk mengurangkan kesan bengkak di bahagian kaki. 

Hanya 3 bahan yang diperlukan untuk surutkan bengkak kaki ini.

Bahan-bahan:-

Segenggam beras
Segenggam kencur
Sedikit air

Cara-cara:-

1. Sediakan Bahan


Seeloknya beras direndam 1 jam sebelum ditumbuk. Kencur pula dibasuh hingga bersih. Tak perlu dibuang kulitnya.



2. Tumbuk Bahan

Seterusnya, tumbuk kedua-dua bahan tadi hingga lumat.



3. Tambahkan Sedikit Air

Bila dah agak hancur, boleh tambahkan sedikit air. Teruskan menumbuk hingga betul-betul halus.



4. Siap Untuk Digunakan

Bila dah hancur, boleh masukkan ke dalam bekas. Siap untuk digunakan. Kalau ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk.



5. Sapukan Pada Tempat Bengkak

Sapu rata pada bahagian yang bengkak. Biarkan seketika supaya bahan-bahan meresap. Bila dah agak kering, bolehlah bilas semula dengan air bersih. Biasanya kita sapu waktu malam biarkan semalaman. InsyaAllah esok pagi dah susut.



*Kalau masa berpantang, boleh juga guna petua ini. Tapi elok tambahkan sedikit kunyit dalam ramuan. Sapukan seluruh badan bagi angin keluar.

NAMPAK KESANNYA DALAM SEMALAMAN

Pakai semalaman dah nampak susut kaki. Kena pakai sampai kaki hilang bengkak. Lebih kurang 2-3 kali.

Sebenarnya, orang dulu-dulu dah lama amalkan petua ini untuk hilangkan bengkak. Segelintir masih lagi mempraktikkannya kerana terbukti berkesan. Bahkan, ada juga yang terus kunyah kencur dan beras untuk terus disapu pada bahagian bengkak.

Apapun, kalau bengkak masih tak surut, jangan teragak-agak mendapatkan rawatan selanjutnya di klinik atau hospital ya. Petua ini sebagai ikhtiar saja.

Selamat mencuba!


Kredit : Sirap Limau

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.