Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(TIPS) Cara Mudah Mengeluarkan Selumbar Tanpa Rasa Sakit


Bagi mereka yang pernah merasa, pasti anda tahu betapa sakitnya apabila jari tertusuk selumbar. Kadang kala sakit sampai berdenyut-denyut hingga tidak boleh tidur pada waktu malam. Keesokkannya tempat yang tertusuk selumbar pasti bengkak dan kemerah-merahaan. Jika dibiar, makin lama makin sakit. 

Jangan risau! Claire Bullen-Jones,28, dari Wigan, seorang ibu muda telah berkongsi cara mudah untuk mengeluarkan selumbar yang tertusuk pada jari anaknya hanya dengan menggunakan "calpol syring". 

Tips Claire untuk mengelurkan selumbar dengan menggunakan calpol syringe di Facebook telah dikongsi hampir 65,000 orang.

Menurut Claire, dia telah lama mengamalkan tips ini terhadap anaknya, dan beliau tidak menyangka perkongsiannya di "Facebook" menjadi tular serta mendapat sambutan orang ramai.

"Calpol syring" merupakan sejenis jarum suntikan yang digunakan untuk memasukkan ubat ke mulut bayi yang mempunyai satu lubang kecil di bahagian hujungnya dan berbentuk leper.

Calpol Syring merupakan sejenis alat seperti jarum suntikan untuk memasukkan ubat ke dalam mulut bayi.

Cara-caranya mudah saja.

1. Ambil calpol syring. Pastikan ia bersih.

2. Pastikan ada sedikit ruang atau jarak di bahagian hujung syring

3. Letakkan lubang kecil di bahagian hujung syring di atas selumbar yang tertusuk pada jari

4. Pastikan syring menyentuh kulit anda, barulah tarik perlahan-lahan syring tersebut sehingga terkeluar selumbar.


Diharap tips ini akan memberi manfaat kepada anda!

Sumber : Daily Mail

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.