Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(TIPS) Cara Mudah Tanam Sayur Guna Botol Minuman


Zaman sekarang ni ramai yang bagi alasan susah hendak berkebun sebab ruang laman yang terhad untuk mereka bercucuk tanam. Jadi, hari ini kami kongsikan tips untuk menanam sayur-sayuran di rumah, dengan hanya menggunakan botol minuman plastik sahaja. Lepasni tak perlulah anda ke pasar lagi untuk membeli sayur-sayuran. Petik saja di botol minuman. 

Ini adalah cara paling murah dan jimat dan senang tanam sayur menggunakan teknik 3T. 

3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)

1. Semai terlebih dahulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna sarang telur atau kulit telur. 



2. Semai benih menggunakan coco peat@sabut. Boleh dibeli di nursery 1 guni harganya lebih kurang RM15 (sabut ni murah) ada yang dapat 1guni RM10
3. Bila benih dah tumbuh dan naik 4 daunnya kira-kira 2-3minggu, alihkan anak benih ke pasu atau apa-apa. Ni Aida try guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik google beli je bekas hidroponik.
4. Cara buat botol tu potong 2 botol mineral macam dalam gambar. Lepas tu buat lubang pada tutup mineral water tu. Masukkan benang(aida guna tali file). Tarik benang hingga lebih di bahagian atas botol supaya air dapat diserap ke dalam tanah.



5. Isi sabut sikit di dalam botol mineral di bahagian atas. Kemudian,alihkan anak pokok tu masuk ke dalam botol.



6. Tips alihkan anak pokok supaya akar tidak putus, gunakan 2 kayu untuk dijadikan seperti chopstik kemudian, tarik keluar anak pokok.
7. Bahagian bawah letak air dan baja AB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Tengok kalau air baja dah habis tambahkan. Ok bila air baja kering 2 kali. Kali ke 3 air biasa je tak perlu letak baja. Lepas tu baru air baja balik.



8. Pada awalnya letak tempat teduh dahulu. Kemudian, bila dah besar sikit bagi kena cahaya matahari.



9. Dh 1bulan lebih 2bulan dah boleh tuai hasil. Sekejap je kan.
Selamat mencuba teknik 3T dan teknik paling murah ni

Kredit : Nur Aida Md Zainuddin

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.