Header Ads

We design a professional website for you in just 7 Days!

(TIPS) Dua Bahan Ini Dapat Bantu Turunkan Kolesterol, Bantu Cegah Strok dan Sakit Jantung Di Usia Muda


Tahukah anda, kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan berlakunya penyakit kardiovaskular dan strok? Kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan arteri tersumbat dan alirah darah akan terhenti. 

Apabila berbicara soal kolesterol, pasti ramai yang akan memandang pada mereka yang berbadan gemuk. Tanggapan ini sebenarnya SALAH. Hal ini kerana, kolesterol yang tinggi boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Menurut pengasas group masakan popular 'Masak Apa Hari Ini' , Lin Zalika setiap pagi dia hanya mengamalkan petua yang dikongsi rakan sekolahnya dengan meminum 15 ml jus bawang putih untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan.

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan



1. Timbul biji-biji putih di bawah mata, kawasan muka atau leher disebabkan oleh kadar trigliserida atau lemak darah yang tinggi.

2. Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

3. Mudah letih, cepat penat dan mengantuk.

4. Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit menyebabkan aliran darah ke otak berkurangan sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak akibat pembuluh darah yang semakin sempit.

6. Senak di dada sebelah kiri apabila pembuluh darah di bahagian jantung mula tersumbat menandakan kadar kolesterol terlampau tinggi.

*Sila rujuk doktor untuk memeriksa tahap kolesterol sekiranya terdapat tanda-tanda ini pada anda.

CARA MENYEDIAKAN JUS BAWANG PUTIH

Bahan
30 ulas bawang putih (saiz besar)
5 biji lemon

Caranya
Kisar kedua-dua bahan dengan 1 liter air. Masak sampai mendidih kemudia tutup api. Apabila sejuk, masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Amalan
Ambil 10ml ke 15ml jus bawang putih setiap pagi sebelum sarapan. Boleh dicampur dengan sedikit madu untuk memberi rasa manis bagi mereka yang tidak boleh minum. Bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi, minum jus ini pada setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber : Majalah Wanita


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.